Parti Pembangkang Malaysia

Bangkang Barisan Nasional & Pakatan Rakyat

Tolak Karpal

leave a comment »

Rakyat Malaysia mesti menolaknya…. Kata-katanya begitu sarkastik. Mengundang kemarahan Insani.

Karpal….. sudah-sudahlah. Insaflah. Kata-katamu penuh dusta belaka.

Sultan adalah ketua eksekutif. Ketua Eksekutif adalah Sultan. Kenapa Sultan tak berhak campuri urusan Kerajaan Negeri? Kenapa?

Sultan mesti bertindak menurut AMMKN… betul… KECUALI

1. Dalam urusan melantik Menteri Besar

2. Dalam urusan Membubarkan DUN

Manakala….. Dalam Segala Urusan Yang Berkaitan Agama Islam……. Sultan adalah Ketua Eksekutif Mutlak. Mutlak Kuasa Sultan itu.

Dia tentukan siapakah Muftinya. Siapakah yang mesti mengendalikan Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sudahlah Karpal. Kau hanya tahu membebel jer.

Written by pembangkang

May 7, 2008 at 5:45 pm

Posted in Politik Malaysia

Mereka Semuanya Dari UMNO

leave a comment »

Tapi kini mereka bukan UMNO

Mahathir – UMNO ke UMNO Baru

Pak Lah – UMNO ke Geng 46

Anwar – UMNO ke PKR

Nik Aziz – UMNO Ke PAS

Written by pembangkang

May 7, 2008 at 5:35 pm

Posted in Who am I

Petra, Perjuangan, Penjara & Solat

leave a comment »

Wah… Si Petra bersuara tentang Islam…. di saat beliau dipanggil si baju biru… Ke Bukit Aman, Ke Jalan Duta dan seterusnya ke Sg Buloh….

Islam bukanlah setakat di hati. Islam(Penundukkan/Penyerahan) mestilah dibuktikan. Medan Solah adalah destinasi untuk bual bicara dengan Illahi. Medan Solah adalah zon bebas Syaithan.

Petra…. Tiadalah ertinya Perjuangan itu Tanpa Solah. Penjara itu adalah Penjara jika Tanpa Solah. Sekiranya Solah telah disempurnakan baharulah Perjuangan itu dinamai Perjuangan dan Penjara itu menjadi Syurga Sementara.

Tanpa Solah, Perjuangan hanyalah angan-angan dalam mimpi Seribu Satu Malam.

Justeru, jangan ajari lagi Islam yang salah…..

Written by pembangkang

May 7, 2008 at 5:27 pm

Posted in Politik Malaysia

Norza Berkempen

leave a comment »

Norza Zakaria telah mula berkempen untuk menjadi KP UMNO Malaysia. Dengan meletakkan gambar para Presiden UMNO, Norza merasakan beliau juga adalah seperti mereka yang tersebut. Dedikasi buat Perjuangan, kata Norza. Di dalammnya Norza meletakkan gambar mercutanda UMNO (bangunan UMNO Malaysia) dan diselitkan sajak perasannya itu…. Nyalakan.

Apa yang Norza nak nyalakan? Paling pasti Norza nak nyalakan hasratnya untuk menjadi KP UMNO. Dan paling kontras adalah “statement” Norza yang kononnya berasap kemeyan. PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA.

Maknanya kalau kata-kata yang tipu dan busuk itu dilaksanakan adalah termasuk dalam siri-siri Perjuanganlah…………

Bagus Norza…. Perjuangan hanya akan hidup sesudah Solat.

Sesungguhnya Solatku, Perjuanganku, Hidupku dan Matiku hanyalah Untuk Allah

Written by pembangkang

May 5, 2008 at 4:13 am

Posted in Politik Malaysia

Dilema Anwar (Bhg.1)

leave a comment »

Anwar pastinya sedang bingung dalam mencongak kedudukan politik beliau. Sering bercakap besar dan terlalu pasti akan menjadi yang terulung.

Seharusnya rakyat segera mengangkat Anwar menjadi Yang Terbilang. Supaya Negara ini segara menjadi suatu tanah yang penuh noda dan dosa. Bertuhankan Rakyat dan Manusia.

Kekotoran Kerajaan Perakus Barisan Nasionalisme bukan lagi tipuan. Suatu ketika dahulu dikotori jua oleh Anwar dan juak-juaknya. Menurut Shit, Pak Shahnon mengatakan bahawa Anwar adalah antara tahi-tahi yang belingkaran di Perut Malaysia. Cumanya sudah dikeluari dan dibasuhi dengan air hujan.

Nak membantu marginalised poeple tak perlukan Tampuk Kerajaan. Bila-bila masa dan ketikapun bisa. Cuma hati. Di mana ada kemahuan di situ pasti akan ada jalan.

Kemenangan politik terkini cuma protes rakyat terhadap kepimpinan bobrok dan bukannya percaya sangat dengan Manifesto “meRakyat” itu. Inilah yang wajar disedari dan dimengerti.

Pun begitu kerajaan “Rakyat” yang didogmakan belum lagi mampu dimanifestokan dalam jiwa kepimpinan kerajaan “Rakyat” itu. Mereka baru disekolahkan. Dilihat ramai yang masih benak akali dan ruhi.

Gamaknya, terlalu sedap lazat memamahi bangkai saudaranya yang telah mati di dalam pertarungan politik.

Memerintah Negeri bagai cerita kartun. Sedap nak menggunakan kuasa walaupun kuasa itu tidak ada sebenarnya. Setelah sedar akan kesilapan menggelabah memohon ampun dan maaf kepada Sultan.

Written by pembangkang

May 5, 2008 at 3:09 am

Posted in Politik Malaysia

Kenapa Lah mesti undur?

with one comment

Tak perlu. Tiada sebab. Teruskan. Semoga berjaya.

Written by pembangkang

April 20, 2008 at 3:41 am

Posted in Politik Malaysia

Khairy In Disguise

leave a comment »

Written by pembangkang

April 14, 2008 at 8:54 am

Posted in Who am I

Konspirasi Anwar-Abdullah

with 2 comments

Benarkah wujudnya konspirasi Anwar Abdullah? Suatu episod politik Malaya Baru…………. Marilah kita rungkaikan bersama!

Sebelum Pak Lah menjadi PM beliau secara peribadi pernah menyatakan simpati terhadap Anwar Ibrahim. Hubungan Pak Lah & Nuar ibarat abang dan adik yang suka bersaing, bertumbuk namun selepas itu berbaik semula bagikan “buddy”………

Pak Lah bermula sebagai pemimpin GPMS…. Anwar pula pimpin ABIM….. Pak Lah dulu bertanding di Kepala Batas, lalu Anwar pula selepas itu di Permatang Pauh. Pak Lah masuk kabinet dulu dan lepas tu Anwar…..

Kemudian kedua-duanya sama pangkat sebagai Naib Presiden…… Dam dam dum….. Anwar pintas…. jadi TPM…… Anwar pulak dum dum dam…. Pak Lah korner jadi TPM…. Selepas itu…… Pak Lah jadi PM dulu……

Kata Pak Lah, “Anwar ni sinikal…… Masa saya menang balik jawatan Naib Presdien tau apa Anwar cakap? …… Anwar kata < I dah buat macam-macam nak bagi you kalau u menang jugak Dolah…. Hebat U ni…..>… ” Pak lah tersengih seketika……

Dan menyambung lagi, ….” wan Azizah itu I simpati dengan dia,,,,,, Orangnya lembut, baik….. Bukan orang lain dengan saya pun……”

Written by pembangkang

April 11, 2008 at 7:31 am

Posted in Politik Malaysia

Lompat Parti -Gimik Politik Anwar Saja

leave a comment »

Semua mesti tahu yang Anwar ni amat nakal orangnya…. Lebih-lebih lagi ketika bermain-main politik, semakin nakal lagi…… Namun ramai orang percaya sangat, lebih-lebih lagi Geng Pakatan Rakyat. Mereka jadi syok cepat nak pegang kuasa. Gila kuasa ke apa manusia Pakatan Rakyat ni.

Lalu Geng BN pula jadi gelabah biawak. Semakain kecut perut, orang-orang BN. Tapi Menteri Kabinet semuanya steady. Mereka dah faham sangat politik gertak ala Anwar.

Pada penggal ini Pakatan Rakyat akan gagal di Perak. Ini adalah kerana ketakseimbangan politik kepemimpinan di Perak. Namun di Pulau Pinang, PR akan menjadi bertambah kuat. Kepala Batas pun akan runtuh dan jatuh. Di Kelantan pula PAS akan lebih kukuh. Gua Musang akan tumbang akhirnya.

Perlis akan kekal di bawah BN manakala di Kedah PR akan menang tipis. Selangor akan mendapat 2/3 majoriti. Negri Sembilan pula tumbang ke tangan PR. Melaka & Johor masih BN. Pahang & Trengganu beralih ke PR. Di Sabah & Sarawak pula berlaku peralihan sokongan. Parti-parti rangkaian BN melompat menyertai Pakatan Rakyat meninggalkan mungkin UMNO dan PBB shj.

Jadi selepas PRU-13, terdapat empat buah Negeri Pembangkang iaitu, Perlis, Perak, Melaka & Johor. Selepas itu, geo-politik Malaysia pun berubah menjadi lebih besar dengan kemasukan wilayah-wilayah baru.

Written by pembangkang

April 10, 2008 at 10:31 am

Posted in Politik Malaysia

Anwar, Zionis, Illuminati & Jews

leave a comment »

Anwar memang berkawan rapat dan baik dengan ramai Jews. Itulah antara jejak-jejak dan cara Anwar berpolitik di peringkat antarabangsa.

Cumanya ramai orang masih belum menanggapi “political will” Anwar. Apakah sebenarnya keinginan politik beliau.

Dulu Pahlawan bertarung menggunakan senjata Pedang, Keris dan sbgnya.

Kini “Pahlawan” menggunakan senjata baru …. yang dinamakan “politik”.

Jadi di sini, sekiranya Anwar didapati bersama-sama dengan Jews berkenaan, persoalannya …. Adakah dia sedang berkawan dgn Jews itu ataupun dia sedang “berpolitik” dengan Jews tersebut.

Inilah andaian yang boleh sesiapa buat. Sesiapapun bolehlah berandaian bahawa Anwar sedang berkompromi dan/atau berkonspirasi dengan Jews tersebut. Dan andaian sesiapapun juga tiadalah menjadi salah sebab Anwar sendiri telah mengundang andaian yang tersebut dibuat ke atasnya.

Saya juga persis berandaian seperti sesiapapun.

Lalu saya ingkari andaian yang saya buat dan memberikan “benefit of the doubt” kpd Anwar. Saya andaikan pula Anwar sedang bermain politik dgn mereka (Jews, rakannya itu).

Memang kerja yang Anwar buat itu terlalu berbahaya…… Namun, pasti Anwar ada suatu kelebihan, dan kelebihan pada Anwar itu menyebabkan rangkaian Jews rakannya itu ingin “berbincang” dan/atau “rasa perlu” berdialog dgn Anwar.

Mungkin Anwar adalah “representative” kpd Yusuf Qardhawi atau reps. kpd Pak Arab.

Mungkin Anwar ada kedudukan politik (political rank) yang tinggi dalam rangkaian Dunia Islam.

Boleh juga berandaian sedemikian. Saya kira Anwar pastilah tidak akan memberikan sebarang komentar berkenaan hal ini kepada umum atas dasar keselematan. Dan/atau kerana beliau melakukan sedemikian untuk sesuatu strategi politik antarabangsa bagi kebaikan Dunia Islam.

Akhirnya semua itu menjadi tanda tanya dan persoalan yang tak berjawaban secara fakta dan figuranya.

Di dalam PKR atau Pakatan Rakyat saya kira tidak ramai yang tahu tentang ehwal pergerakan Anwar yang sedemikian. Dan betapa pentingnya Anwar dalam kelompok politik antarabangsa terhadap Dunia Islam, Dunia Arab dan Negara Dunia Ketiga.

Saya juga berandaian bahawa Anwar tidak akan bertanding di dalam Pilihanraya dalam masa terdekat. “In roads” kepada “capture Ruling Govt” sudah terbuka utk Anwar. Dia tiada risaukan apa-apa lagi.

Dan ramai berfikir bahawa Anwar akan menjadi PM Malaysia pada penggal ini?

Pada p/raya akan datang pun Anwar tidak bertanding. Isterinya akan menjadi PM.

Written by pembangkang

April 10, 2008 at 10:15 am

Posted in Who am I