Parti Pembangkang Malaysia

Bangkang Barisan Nasional & Pakatan Rakyat

Melihat Malaysia – Bahagian 2

leave a comment »

Bukan PRU 12 tapi ianya bermula sejak PRU 8. Perpecahan UMNO yang membawa wujudnya Semangat 46 yang akhirnya bergabung dengan PAS lalu geo-politik BN pun mula berubah. BN kununnya kembali kuat pada PRU 9, namu begitu Kelantan masih kekal diterajui PAS. Episod mata lebam Anwar Ibrahim melebarkan kembali wilayah Non BN kepada Trengganu pada PRU 10. BN kukuh kembali pada PRU 11. Dan akhirnya kecundang di 5+1+(2) pada PRU 12.

Malaysia….. Bangsa Malaysia??? Akan wujudkah bangsa Malaysia? Adakah bangsa Amerika? Adakah bangsa Indonesia? Dan penting sangatkah adanya bangsa moden sedemikian?

Bolehkah kita mewujudkan bangsa? Bangsa sebenarnya adalah suatu kejadian Allah. Tidak boleh dicipta oleh tangan-tangan manusia, mahupun akal mereka. Bangsa adalah kesamaan darah. Kesamaan keturunan. Darah dan keturunan yang diserapi Ilmu dan Kebijaksanaan akhirnya membentuk keseragaman kebudayaan, kesenian dan warisan.

Namun agamalah akhirnya yang menjadi titik temu yang paling hakiki.

Melayu akan tetap Melayunya. Cina akan tetap Cinanya. Dan India akan tetap Indianya. Hanyalah perjanjian agama yang memungkinkan pemersatuan ketiga-ketiga bangsa ini.

Islam takkan mungkin bersatu dengan Buddha, mahupun Hindu atau Kristian. Kita kena mengakui akan perbezaan ini.

Usahlah lagi menipu hati dan diri dengan segala bentuk khayalan mimpi.

Sebagai orang Islam dan kefahaman dan pengetahuan kita, sudah pasti kita percaya dan beriman bahawa Tuhan itu Satu. Kita pasti tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesyirikan dalam berAqidah.

Tolong jangan politikkan hal-hal beragama. Rumah Solat kita adalah Masjid dan Surau/Musholla. Bukan di gereja ataupun kuil.

Di Malaysia, Melayu adalah Muslim. Bumiputera, Cina dan India yang Muslim pula adalah Melayu. Memang unik. Kita sepatutnya menghargai kelebihan ini.

Cina dan India yang bukan beragama Islam adalah bukan Melayu. Bumiputera Bukan Islam adalah bukan Melayu. Mereka adalah Bumiputera Bukan Islam.

Status quo ini difahami semua. Yang tidak memahami status quo ini, cuba mencari kelainan. Cuba menciptakan “bangsa” yang baru, kata mereka…… Bangsa Malaysia. Inilah kecelaruan yang cuba ditimbulkan.

Barang diingat, jangan cuba membina bangsa, kerana manusia tak mampu menciptakan bangsa. Hanya Allah sahaja yang mencipta bangsa.

Kerana nak mencipta bangsa lalu manusia yang memimpin ke arah itu cuba mencipta ideologi. Dan ideologi ciptaannya cuba dipaksakan kepada naluri insan lain untuk menerimanya. Lalu urusan agama dicampuradukkan.

Kepada orang-orang Cina dan India yang idealis…… Percayalah….. Perbezaan darah dan keturunan akhirnya, kita sukar menjadi satu bangsa. Perbezaan agama menambahkan lagi jurang antara kita.

Kita adalah Malaysia dalam satu kewarganegaraan dan bukan sebagai satu bangsa. Dan kita hidup di dalam Malaysia terpisah oleh kebumiputeraan. Bangsa kita adalah Melayu, Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam. Agama Negara kita adalah Islam sebagai agama rasmi yang amat menghormati kebebasan beragama. Agamaku Islam dan agama kamu adalah agamamu. Samada kita adalah negara sekular bukanlah terlalu menjadi soal.

Melayu ini amat berbudi bahasa dan baik orangnya. Mereka tidak akan menganiaya si Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam. Kita boleh hidup aman, damai dan sejahtera asal kita memahami “unwritten constitution” yang kita telah semua terima.

Penjahat mesti dihukum oleh Undang-undang………….. (bersambung)……….

Written by pembangkang

April 10, 2008 at 7:34 am

Posted in Malaysiaku

Leave a comment